Loading
  • 0Shopping Cart
Let's Plug
  • UTAMA
  • TENTANG
  • BILIK SEMINAR
    • Bilik Seminar Kuala Terengganu – Let’s Plug 1
    • Bilik Seminar Kuala Terengganu – Let’s Plug 2
    • Bilik Seminar Kuala Terengganu – Let’s Plug 3
    • Bilik Seminar Shah Alam – Let’s Plug 5 & 6
  • VIRTUAL OFFICE
  • CAFE
  • DAFTAR
  • HUBUNGI
  • Search

Menyatukan Impian Menjadi Kenyataan

Let’s Plug Sebuah Inisiatif

Bukan sekadar perniagaan, Let’s Plug hadir sebagai sebuah platform untuk menghubungkan usahawan dalam satu komuniti untuk sama-sama membangun, berkembang dan berjaya.

Idea penubuhan Let’s Plug terhasil dari pengamatan seorang usahawan tentang keperluan untuk membentuk sebuah komuniti dan ruang untuk para usahawan bernetworking.

Visi, Misi & Objektif

Visi – Berkembang sebagai penaraju dalam menyediakan ruang untuk komuniti usahawan.

Misi – Melahirkan usahawan berjaya dari platform Let’s Plug yang telah dirangka untuk mereka.

Objektif – Membuka peluang dan jalan yang lebih jelas untuk para usahawan memasuki alam perniagaan.

Majlis pelancaran Let’s Plug telah disempurnakan oleh Dato Sabri Mohd Alwi pada 3 Ogos 2016. Bersempena sambutan majlis hari raya Aidilfitri syarikat Countless World Sdn. Bhd iaitu syarikat yang tertanggungjawab menubuhkan Let’s Plug.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh para usahawan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam membangunkan usahawan dan perniagaan di Terengganu.

Pendaftaran Ahli

Tidak cukup sekadar menyediakan ruang, Let’s Plug atau komuniti yang cuba dibina ini tidak mampu berkembang sekadar dengan memiliki tempat atau kemudahan, ia perlu diisi dengan aktiviti yang bermanfaat dan mampu memberi nilai tambah kepada peserta.

Justeru itu kami membuka pendaftaran keahlian kepada para usahawan supaya kami boleh menganjurkan program dan aktiviti-aktiviti ilmiah untuk manfaat bersama.

Sertai kami sebagai ahli berdaftar di sini.

Program Yang Membina

Kami bekerjasama dengan sebuah akademi usahawan iaitu UBISNES dalam menganjurkan program di Let’s Plug.

Antara program yang kami adakan termasuk sesi minum kopi sembang bisnes, bengkel membuat produk kecantikan, bengkel-bengkel teknikal seperti FB Ads, Adobe Photoshop, bina laman web dan seumpamanya.

Selain itu di bilik seminar Let’s Plug kami juga sentiasa diadakan program-program keusahawan oleh para usahawan lain.

Ambil Peluang…

Kami di pihak syarikat berusaha keras menubuhkan sebuah kemudahan kepada para usahawan yang memerlukan ruang kerja, tempat perjumpaan dan komuniti yang berkualiti dalam menjalankan bisnes.

Idea dan usaha ini dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah ruang bisnes usahawan. Kerana kami juga pernah mengalami fasa kesusahan memiliki ruang bisnes sendiri sehingga terpaksa menumpang di kedai mamak, cyber cafe dan perpustakaan untuk menjalankan bisnes online.

Semoga dengan tertubuhnya Let’s Plug, kami dapat membantu usahawan-usahawan yang punyai masalah seperti yang dinyatakan di atas. InsyaAllah…

Sertai Kami Sekarang!

Let’s Plug

Sertai kami untuk mendapat update tentang aktiviti, program dan tawaran istimewa dari rangkaian Let's Plug kami.

Hubungi

Tingkat 1, No. 24,
Pusat Niaga Paya Keladi,
20100 Kuala Terengganu

011 2893 2515 (Syahmi)
letsplug.com@gmail.com

Sabtu-Khamis: 9am - 5pm

Follow FB Kami

© Copyright - Let's Plug
Scroll to top